Monday, May 24, 2010

poco~poco hahahah.... phewww!

22/05/2010.. Kiswel's Annual Dinner & Treasure hunt 2010

Habis dah semua penat lelah untuk Annual Dinner & Treasure Hunt 2010. Kali ni lain sikit, kalau tetahun lepas aku jadi committee (ala suam2 kuku je).. tahun ni.. involve lak untuk stage performance. Entah kenapa, semangat nak buat stage performance tu terlalu kuat. memula cume cakap2 je nak wat poco2.. but.. after that.. SILENT... hmm x jadi la ni kot. But.. only.. 3 days before the events.. semangat gile. sebab aku dengar kiri, kanan, depan dan belakang.. semua dok bercerita pasal preparation untuk stage performance. Lagi menambahkan kuasa dalaman untuk aku plan something for that night, bile ade yang terasa dah cukup bagus untuk menang.. Aikk.. diorang ni tak rasa tercabar kot ngan group2 lain. dari situlah.. semangat untuk mencabar tu datang...

But.. First & Foremost,.. the reason "THE SUPERB GIRL" ni wujud.. sebab aku nak tunjukkan pada orang yang dok kat dalam "bilik" tu.. jangan pandang kitorang sebelah mata.. hanya kerana , kami ni tak directly reported to you!. sebab die rasa.. kat sini.. ade orang yang terLALUUUUUU la bagus sangat. sampaikan die terlupa... sebenarnya, orang lain pun boleh. cume peluang tak ada untuk nak buka mata die. SERIUS!!. itu memang factor utama benda ni semua terjadi... So, dalam diam... It's all happened that night. PURPOSELY!... to show to THEM.

It's a;; started with "FIND OUT A TRAINER - POCO~POCO".huhuhu...peluh2 gak nak cari. yelah .. kalu jauh, sape nak g datang latihan. lagipun bukan ramai group aku. 5 ketul je. ni pun.. yang dah di shortlistedkan... memang tak nak reramai. kang hadiah kena bagi reramai.. ala ciput je yang tinggal. huh!. hahaha. but this 5 person.. the most amazing team... 3 hari beb.

1st day training.. Buat kat area umah cikgu. hahha... semua orang drive sendiri. tak tau jalan pun. tapi nasib baik la area kipmart je. ha.. masa tu pun ade dah yang panas hati.. haha sebab x jumpe jalan . Standard lah... mood orang kan.. x sama.. lagi la dah reramai. start training.. cume belajar step basic poco-poco je. x de lain. tu je. kalut gak memula. bile dah dapat step... baru happy.. ala... senang je.. aissss.. for the first day to je.. Malam ... balik umah.. rasa macam tak leh nak lelap mata. Risau ade.. step x create satu benda pun. semua tu esok baru nak start.

2nd day training.. hmm mase ni terasa sedih, sayu, tapi semangat semua ada. ye lah.. tempat training mane ade. Training room.... semua orang dah booked. maklumlah.. UNDERDOG kan.. Kumpulan VVIP macam diorang, lainlah.. sedihnya. So, The Superb Girl ni pun training la kat Store.. huhu!.. Store beb.. panas .. tapi kat situ lah.. kitorang create step. Step2 tu di tiru dari You-Tube.. Winner Of Poco-Poco 2007. hahaha.. tapi just copy & paste step yang senang je... Buntu masa tu. Tangan semua keras lagi. Maklumlah... kitorang pun bukan penari. Macam kayu.. HAHAHHA. Start training kol 7.00.. semua group dah start training dah hari ni, semua booking training room tu le. ikut turn.. tapi kitorang... mane2 yang kosong je... lepas kat store.. kitorang beralih lak kat conference room. kat store.. hmmm ramai lak spesis2 yang berminat nak tgk tarian kitorang.. HAHAHAHAH... NYIBUKK!.. still x complete lagi step utk 4 minutes performance. Pheww... peluh2. sabar2.. Penat memang penat. sampai kul 11.00 malam baru kitorang gerak balik. tu pun.. almost 85% complete. Syukur.. malam ni dapat la tido dengan HAMPIR TENANG...

hari ke-3.. hari ni last. hari ni la g caru costume.. bulu ayam & selendang warna merah. tu je yang senang cari. Suasana dah mula agak panas... kat office semakin sibuk bercerita pasal performance. huhu!... semangat semua. termasuklah THE SUPERB GIRL. Hari ke-3 training, memula rasa mcm nak Quit.. step x siap lagi.. rina lak bz dengan keje2 die utk Annual DInner. give up pun ade. Pukul 8.00 baru gerak g umah cikgu. hari ni cikgu cume tgk tarian kitorang and comment sikit. yela.. cikgu pun faham.. 3 days punye training, x leh la nak comment banyak kan. Then.. cikgu kata OK.. Alhamdulillah... Esok... nak, tak nak... Superb Girl Must perform.

Pejam Celik.. kejap je dah sampai masanya.. Ya Allah... takutnye... takut kena BOO... maklumlah.. kiswel ni banyak sangat membela 'spesis2' yang bunyi memacam kan.. before show, untuk preparation lagu & stage.. dapat praktis banyak2 kali.. alah.. orang anak tengok pun, tengoklah.. ade gak yang dah nampak cam enjoy je training kitorang... a good started. heeheeh.. Then, Bile start je the Real Annual Dinner... masa ni la.. tekak dah rasa lain je. semua benda yang masuk tekak, rasa tak sedap je. Ya Allah.. risaunye.. Makan pun tak lalu. After 1st performance.. kitorang gerak ke bilik.. salin baju. memang nak tgk 1st performance. Mujur la performance tu... buat aku & the gang lagi semangat nak menang... AHAHAHHAHAAH!!!..
Sebelum naik stage.. kitorang still praktis kat luar dewan..sempat lagi. asal ade peluang.. x jemu praktis. Dan Kerana itu.. bila sanpai turn no 9... and Bile nama "THE SUPERB GIRL - DANCING QUEEN" di panggil... dah tak rasa takut sangat. memang really enjoy the performance.. Tengok kat area MD & others... diorang nampak enjoy. Yang puak2 kat bawah yang lain tu jangan ckp la... nasib baik x naik pentas sekali. Tengok diorang join sekali kat bawah.. Really make us semangat, happening.. Syukur..

And finally.. lepas 11 group dah perform, masa yang buat rasa nak gugur jantung ke-2 kali.. time nak announce winner. Tempat ke-3.. then MC to.. bubling lagu "dancing queen..".. aku pun rasa cam nak jerit je.. HAHAHHA,... YES dapat no 3. THE SUPERB GIRL semua naik pentas.. FUH... happy sesangat. Dah turun stage..pun gelak happy x leh control lagi.. PUAS.. walaupun hanya dapat 3rd place. Dapat duit RM500.00. Dapat la seorang RM100.00. Banyak kan... Rezeki Allah... AMIN..

Puas hati... kesimpulan dari cerita ini. Biarlah kite jadi UNDERDOG pun tak pe. Tapi bile kite buktikan kesungguhan dan keupayaan yang sebenar... x de sape yang mampu menidakkan keputusan. FOR THE SUPERB GIRL.. WE DESERVE IT!... WE REALLY DESERVE IT.. THANKS GUYS... I DREAM TO HAVE THIS AGAIN AND AGAIN AND AGAIN ANF AGAIN WITH YOU ALL... WE ARE THE DANCING QUEEN!..
Penama Takaful/Insurans : Jangan Letak Nama Anak!
(30 September 2009)
di ambil dari : www.afyan.com

Saya menerima satu maklumat yang agak mengejutkan ketika saya menghadiri satu kursus latihan baru-baru ini.

”Kira-kira 80% suami akan meletakkan nama isteri mereka sebagai penama polisi takaful mereka, namun hanya kira-kira 30% isteri meletakkan nama suami mereka sebagai penama”, kata pegawai latihan tersebut kepada para peserta.

Ia disambut dengan hilai tawa para peserta porgram. Baik lelaki mahupun wanita. Ada yang tersenyum-senyum, terutama wanita. Bagi peserta lelaki pula, nampak senyuman sinis di bibir mereka.

Saya pun agak sedikit terkejut dengan pendedahan tersebut. Apabila diimbas sekali polisi-polisi klien-klien saya sebelum ini, memang tidak dapat dinafikan kaum wanita akan cenderung untuk tidak meletakkan nama suami mereka sebagai penama takaful mereka.

Malah, sebenarnya perkara ini bukan saya berlaku di dalam memilih penama polisi takaful, ia juga melibatkan penama di dalam perkara-perkara lain. Sebagai contoh, penama Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP), selalunya wanita meletakkan nama ibu atau bapa mereka.

Baca beberapa contoh kes di dalam tulisan: Siapa Penama Polisi Takaful / KWSP Anda?

Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, selalunya wanita akan meletakkan nama anak-anak mereka sebagai penama. Dalam kes KWSP pula, nama ibu selalunya diletakkan kerana selalunya mereka bekerja terlebih dahulu dan kemudian baru berkahwin. Selepas berkahwin, penama tersebut tidak diubah.

Isteri “Kurang” Percaya Kepada Suami?

Berdasarkan pengalaman saya berhadapan dengan pelanggan-pelanggan wanita, selalunya alasannya adalah kekhuatiran (baca: ketidakpercayaan) mereka terhadap suami mereka selepas mereka meninggal dunia nanti. Mereka khuatir suami mereka akan berkahwin lain menggunakan duit pampasan takaful mereka!

Kekhuatiran bertambah lagi apabila mereka membayangkan selepas itu suami dengan isteri barunya akan mengabaikan anak-anak kandung mereka. Juga membayangkan yang isteri baru suaminya akan bertindak tidak sewajarnya kepada anak-anak mereka.

Mereka membayangkan isteri baru suami mereka a.k.a ibu tiri anak-anak mereka laksana Rika Sumanto di dalam drama Bawang Merah Bawang Putih! Atau seperti watak Sofia di dalam Puteri Aurora Beradu.

Ya, satu kekhuatiran yang berasas!

Saya tidak nafikan, kekhuatiran kaum hawa tersebut ada asasnya. Demi kasih sayang ibu kepada anak, kadang-kadang mengatasi kasih sayang isteri kepada suami sendiri.

Apabila ditanya kepada isteri saya pun, begitulah juga perasaannya. Apabila ditanyakan kepada ibu saya pun begitulah halnya.

Penama Hanya Pemegang Amanah, Bukan Penerima

Namun, sebenarnya tindakan meletakkan nama anak sebagai penama tidak menyelesaikan masalah. Kerana, penama hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang amanah. Penama bukanlah pemegang hak tersebut.

Ia sebenarnya telah diputuskan di dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 lagi. Rujuk http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=103

Fatwa tersebut berbunyi;

Melantik penama (Nomination) oleh orang-orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi di mana mereka menyimpan sebarang harta adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka si mati cuma ia adalah sebagai yang melaksanakan wasiat untuk membahagikan harta pusaka tersebut kepada para waris mengikut hukum syarak.
Bahawa orang-orang Islam tidak boleh melantik penama (Nominee) oleh kerana penama mengikut definisi undang-undang awam (sivil) adalah bertentangan dengan hukum syarak dan tidak sah.
Oleh itu udang-undang awam (sivil) yang berkenaan hendaklah dipinda supaya sebarang penamaan (Nomination) oleh seseorang Islam menjadi tidak sah. Ini bermakna peruntukan mengenai Nomination atau perlantikan nominee tidak tertakluk kepada orang-orang yang beragama Islam sama ada sesuatu Nomination itu dibuat sebelum atau selepas fatwa ini dipersetujui oleh Raja-raja Melayu.
Secara umumnya, penama hanyalah bertindak sebagai pemegang amanah sahaja.

Penama hanyalah sebagai pemegang amanah bagi harta bagi si mati sama ada pampasan takaful/insurans, wang KWSP dan lain-lain. Penama tadi bertanggung jawab untuk mengagih-agihkan harta-harta tadi kepada pewaris si mati mengikut hukum faraid.

Apabila penama yang diletakkan adalah anak di bawah umur 18 tahun, ini akan menimbulkan masalah, kerana harta tersebut akan dibekukan sehinggalah anak tersebut mencapai usia 18 tahun.

Saya pernah mendengar satu kes, apabila seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang balu dan beberapa orang anak. Beruntung bale berkenaan kerana suaminya mengambil polisi takaful. Namun apabila dibuat tuntutan, didapati penama yang diletakkan adalah nama anak-anak mereka.

Maka, wang pampasan tersebut terpaksa dibekukan sehingga penama mencapai usia 18 tahun. Lebih malang lagi, anak sulung mereka baru mencecah usia sekolah rendah. Maka, balu tadi terpaksa menunggu kira-kira sepuluh tahun selepas itu untuk membuat tuntutan sepenuhnya terhadap harta peninggalan si mati.

Justeru, berhati-hati sekiranya Tuan-tuan dan Puan-puan ingin meletakkan nama anak sebagai penama. Pastikan mereka sudah cukup umurnya 18 tahun.

Sebaiknya, letaklah nama orang yang kita terima ijab dan qabulnya sebagai pemegang amanah harta kita sesudah kita tiada